Bangsa Melayu seperti yang didefinisikan dalam Perlembagaan Malaysia adalah sesuatu yang agak luar dari definisi kebiasaan sesuatu bangsa: ia bukanlah sekadar bangsa atau etnik, tetapi didefinisikan sebagai bangsa beragama. Definisi tersebut menambah komponen agama kepada definisi asal bangsa yang pada prinsipnya diwarisi hanya secara keturunan semata-mata. Menurut Perlembagaan Malaysia, seorang rakyat yang bukan beragama Islam bukanlah seorang yang berbangsa Melayu, walaupun susur galur keturunannya nyata menunjukkan bahawa dia adalah berdarah bangsa yang dikenal sejarah sebagai Melayu.

Definisi melayu yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia ini bukanlah perkara utama yang hendak dibincangkan dalam artikel ini, tetapi penghubungkaitan agama kepada sesuatu etnik, secara spesifiknya penghubungkaitan agama Islam kepada bangsa Melayu.