Arkib untuk: Agama

Hilang dalam kerigidan ritual

Bangsa Melayu seperti yang didefinisikan dalam Perlembagaan Malaysia adalah sesuatu yang agak luar dari definisi kebiasaan sesuatu bangsa: ia bukanlah sekadar bangsa atau etnik, tetapi didefinisikan sebagai bangsa beragama. Definisi tersebut menambah komponen agama kepada definisi asal bangsa yang pada prinsipnya diwarisi hanya secara keturunan semata-mata. Menurut Perlembagaan Malaysia, seorang rakyat yang bukan beragama Islam bukanlah seorang yang berbangsa Melayu, walaupun susur galur keturunannya nyata menunjukkan bahawa dia adalah berdarah bangsa yang dikenal sejarah sebagai Melayu.

Definisi melayu yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia ini bukanlah perkara utama yang hendak dibincangkan dalam artikel ini, tetapi penghubungkaitan agama kepada sesuatu etnik, secara spesifiknya penghubungkaitan agama Islam kepada bangsa Melayu.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, rakan-rakan, para pembaca laman web ini yang beragama Islam, dan semua umat Islam di Malaysia, New Zealand, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, India, dan dimana-mana saja. Salam Aidilfitri dari Auckland, New Zealand. Maaf Zahir dan Batin. Raya kali ini merupakan raya kali pertama kat […]

Graphene Mobile Neo