Hilang dalam kerigidan ritual

Bangsa Melayu seperti yang didefinisikan dalam Perlembagaan Malaysia adalah sesuatu yang agak luar dari definisi kebiasaan sesuatu bangsa: ia bukanlah sekadar bangsa atau etnik, tetapi didefinisikan sebagai bangsa beragama. Definisi tersebut menambah komponen agama kepada definisi asal bangsa yang pada prinsipnya diwarisi hanya secara keturunan semata-mata. Menurut Perlembagaan Malaysia, seorang rakyat yang bukan beragama Islam bukanlah seorang yang berbangsa Melayu, walaupun susur galur keturunannya nyata menunjukkan bahawa dia adalah berdarah bangsa yang dikenal sejarah sebagai Melayu.

Definisi melayu yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia ini bukanlah perkara utama yang hendak dibincangkan dalam artikel ini, tetapi penghubungkaitan agama kepada sesuatu etnik, secara spesifiknya penghubungkaitan agama Islam kepada bangsa Melayu. Hari ini, sekurang-kurangnya di negara ini, Islam dan Melayu begitu rapat sekali dihubungkaitkan sehingga apa sahaja yang biasanya dilakukan oleh orang melayu, dianggap sebagai ajaran Islam. Tanggapan tersebut sahaja sudah menjadi satu kerugian kepada agama kerana bangsa dan agama pada dasarnya adalah dua entiti yang sangat berlainan. Bangsa berkembang melalui zaman, melalui asimilasi dengan alam dan persekitaran di aman sekumpulan manusia hidup untuk generasi demi generasi. Asimilasi ini membawa begitu banyak perubahan dan penambahan, dan penyesuaian kepada cara bagaimana sekumpulan manusia ini menjalani kehidupan mereka. Inilah yang membawa kepada terbentuknya sesuatu bangsa dan budaya yang biasanya unik berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sebaliknya, agama pula adalah semata-mata berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang diwahyukan oleh Tuhan. (more…)

 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, rakan-rakan, para pembaca laman web ini yang beragama Islam, dan semua umat Islam di Malaysia, New Zealand, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, India, dan dimana-mana saja. Salam Aidilfitri dari Auckland, New Zealand. Maaf Zahir dan Batin.

Raya kali ini merupakan raya kali pertama kat luar negara, raya kali pertama tanpa keluarga, raya kali pertama buat kuih Cornflake Madu, raya kali pertama buat rendang ayam, kuah kacang, ngan nasi impit sendiri (klik “Teruskan membaca” di bawah untuk lihat gambar), dan jugak raya kali pertama tak beli baju raya 😀

Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung dan juga untuk pulang kembali ke rumah masing-masing, pandulah dengan selamat. Semoga Allah memelihara kesihatan dan keselamatan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

(more…)

 
Graphene Mobile Neo