Sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembangunan laman web tahu bahawa laman web yang anda bangunkan tidak berguna tanpa menerbitkan laman tersebut dalam talian (secara online). Itulah yang menjadi nadi industri penerbitan laman web – menerbitkan laman-laman web di pelayan (server) mereka supaya sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengakses laman-laman tersebut melalui internet. Oleh sebab itulah industri ini merupakan komponen penting dalam industri pembangunan web, baik bagi syarikat-syarikat besar atau individu-individu yang menawarkan perkhidmatan secara bebas (freelancer).
Oleh sebab mengendalikan pelayan sendiri adalah sangat tinggi kosnya, ia adalah tidak efektif secara kewangan untuk hampir semua studio pembangunan web (dan freelancers). Kebiasaannya cara yang paling mudah adalah dengan melanggani perkhidmatan tersebut dengan syarikat penerbitan web – syarikat yang operasi utamanya hanya untuk menyediakan dan mengendalikan pelayan untuk menerbitkan laman-laman web. Sudah tentu, langganan seperti ini bukan percuma.
Secara amnya terdapat tiga jenis pakej penerbitan web: pelayan dedikasi, pelayan peribadi virtual (virtual private server, VPS), dan pelayan kongsian. Selalunya pelayan dedikasi adalah yang paling mahal, kerana syarikat penerbitan web perlu mendedikasikan keseluruhan satu pelayan untuk hanya satu akaun penerbitan web tertentu. Ini adalah seperti menyewakan sebuah komputer dengan sambungan internet yang sangat pantas untuk menerbitkan sejumlah besar laman-laman web atau laman yang memerlukan ruang cakera yang besar dan keperluan pemindahan trafik yang tinggi. VPS adalah kedua berdasarkan harga, menawarkan banyak daripada ciri-ciri pelayan berdedikasi, tetapi bukan keseluruhan pelayan didedikasikan hanya kepada satu akaun. Sebaliknya, beberapa akaun diperuntukkan untuk satu pelayan dengan batasan pengunaan pelayan yang lebih tinggi bagi setiap akaun – kurang ruang cakera, kurang penggunaan trafik, dan kurang penggunaan memori dibenarkan. Namun begitu, pada kebiasaanya anda masih memperoleh ciri-ciri pentadbiran seperti yang akan anda perolehi dengan pelayan berdedikasi, seperti akses kepada shell (menjalankan operasi pada pelayan melalui antara muka perintah-baris, atau lebih dikenali sebagai command-line interface) dan anda boleh menentukan kebanyakan daripada tetapan pelayan, jika tidak semua. Kemudian yang paling murah dari segi harga adalah pelayan kongsian. Hal ini adalah kerana anda akan memperoleh kurang kapasiti cakera dan pemindahan trafik yang diperuntukkan berbanding VPS, kurang peruntukan memori, dan macam-macam lagi batasan-batasan penggunaan pelayan yang lain, supaya syarikat penerbitan webdapat memperuntukkan satu-satu pelayan kepada akaun-akaun pelayan kongsian dengan sebanyak mungkin. Batasan-batasan ini pada kebiasaanya adalah sangat tinggi. Adalah sangat bertuah sekiranya anda menjumpai pakej pelayan kongsian yang membolehkan anda menentukan kebanyakan daripada tetapan-tetapan pelayan. (more…)