“Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh remaja seperti kami dalam konteks membangunkan Islam?” Seringkali kita mendengar persoalan seperti ini diajukan di majlis-majlis dan forum-forum agama, terutama sekali majlis yang membicarakan betapa berharganya golongan remaja bagi umat. Apatah lagi bila seringkali kita diperdengarkan bahawa golongan remajalah yang akan menentukan masa depan sesuatu masyarakat. Lalu golongan audiens yang rata-ratanya dalam usia remaja pun jadi bersemangat, berkobar-kobar jiwanya, menanyakan diri “apa yang boleh aku lakukan?” Bila soalan tersebut tak dapat kita jawab, maka kita lontarkan kepada si penceramah, atau panelis, dengan harapan mereka boleh memberitahu kita apa yang boleh kita lakukan. Inilah sikap kebanyakan kita, suka menunggu dan menerima arahan. Lebih sedih lagi, bila penceramah atau panelis tersebut memberikan cadangan-cadangan perkara yang boleh kita lakukan sebagai remaja, tak pula kita lakukan perkara-perkara tersebut. Lalu semangat yang berkobar-kobar tadi padam dalam jiwanya sebaik saja majlis bersurai, cukup sekadar menyedapkan hati agaknya, bahawa sekali-sekali aku fikirkan jugak tentang umat.
Mungkin inilah sebabnya mengapa ceramah-ceramah dan program-program agama yang menjadikan golongan remaja sebagai golongan sasaran biasanya gagal memberikan sebarang kesan. Kerap kali penceramah cuba untuk menyedarkan golongan remaja ini betapa mereka ini begitu berharga, walhal permasalahannya sama banyaknya pada kesedaran kalau dibandingkan dengan sikap rata-rata ramaja masa kini. Banyak organisasi-organisasi agama pada hari ini yang menyedari betapa pentingnya kita membangunkan para remaja, maka banyaklah ceramah-ceramah, program-program, dan kem-kem agama diadakan khusus untuk golongan remaja. Namun tak dapat tidak, persoalan-persoalan seperti “apa yang boleh kami lakukan sebagai remaja?” tetap diajukan, tidak kira berapa banyak kali dah dibincangkan.
Saya ingin mangajak rakan-rakan seusia remaja saya untuk memikirkan, pentingnya dan berharganya golongan kita ini untuk sekarangkah? Apa saja yang boleh kita lakukan sebagai remaja ni? Duit pun tak banyak nak sumbangkan, pengaruh pun ada la beberapa kerat kawan-kawan dan keluarga yang dekat, nak buat pasukan bolasepak pun tak cukup rasanya. Pengalaman jangan difikirkanlah, sebanyak mana saja kerenah dunia yang dah kita lihat dan lalui? Jadi apa sangat yang berharganya golongan remaja ini? Inilah saya rasa persoalan penting yang perlu para penceramah dan panelis-panelis forum-forum agama jelaskan kepada remaja-remaja kita. Pentingnya golongan remaja ini bukan untuk waktu sekarang, waktu kita sedang remaja, tetapi penting dan berharganya kita adalah apabila kita dewasa nanti, apabila dah ada banyak duit, banyak pengaruh, banyak pengalaman. Dan apa yang menentukan kebergunaan kita pada Islam dan umat apabila kita dewasa nanti adalah pembangunan diri kita tatkala remaja ini. Di situlah pentingnya dan berharganya usia remaja, untuk pembangunan diri.
Sedihnya kebanyakan rakan-rakan kita yang bergiat cergas dengan menyertai program-program agama, usrah-usrah, kem-kem anjuran badan-badan agama, kebanyakannya tidak menyedari hakikat ini. Kebanyakan mereka hanya mementingkan pembangunan ilmu agama untuk diri sendiri. Aku pergi ini untuk aku tambahkan ilmu agamaku. Cukup setakat itu, berhenti di situ. Bagaimana dengan pembangunan diri untuk bidang ilmu dunia? Mampukah untuk kita bangunkan dan kembalikan kegemilangan Islam kalau lulus ijazah di universiti pun sekadar cukup makan? Memang ilmu agama itu satu kemestian untuk kita berjaya di akhirat, tetapi kejayaan tersebut adalah untuk diri sendiri. Kita buat amalan baik, kita buat kebajikan, kumpul pahala banyak-banyak, semuanya ini kerana kita mengharapkan syurga untuk diri kita di akhirat kelak. Tapi bagaimana dengan kawan-kawan seagama kita yang lain? Bagaimana pula dengan kawan-kawan rapat kita yang bernama John atau Andrew atau Melissa yang tidak sampai hidayah Islam kepada mereka lagi? Adakah kita hanya mengkesahkan kejayaan kita di akhirat nanti sehingga lupa akan pembangunan Islam di dunia ini? Kerap kali saya bertanya, inikah apa yang diajarkan Islam? Semestinya tidak. Islam tidak pernah mengajar umatnya mementingkan diri. Islam juga mementingkan kecemerlangan, di dunia dan akhirat. Kerana kalau semua orang cemerlang ilmu agama saja, cemerlang di akhirat saja, siapa yang nak bangunkan Islam di dunia ini, bina kekuatan dari seagala segi – ekonomi, teknologi, sosial – untuk agama Allah di dunia ini? Mampukah kita berdakwah dan bina kekuatan dengan berceramah sahaja?
Sedih saya melihatkan ramai kawan-kawan seusia dan seperjuangan yang selalu menghadiri majlis-majlis agama, selalu pergi solat berjemaah di surau-surau dan masjid-masjid, selalu ajak orang buat kebaikan, selalu menunjukkan akhlak-akhlak yang baik, tapi hanya ada satu saja kekurangan: tidak ada dalam hatinya semangat untuk membangunkan diri dengan ilmu-ilmu dunia lebih dari sekadar apa yang diajar di sekolah-sekolah atau universiti-universiti. Sikap cukup makan selalunya menjadi pembunuh potensi diri mereka, satu kerugian yang besar untuk agama dan masyarakat. Lihat sajalah diri kita sendiri dan kawan-kawan sekeliling kita, berapa ramai saja yang suka membaca buku-buku bukan fiksyen, atau buku-buku fiksyen yang berdasarkan realiti sebenar dunia hari ini? Memang kurang seronok baca buku-buku bukan fiksyen ini kalau nak dibandingkan dengan buku-buku seperti Harry Potter atau The Lord of the Rings, tapi macam mana nak bina kecemerlangan kalau asyik nak berseronok saja?
(Possibly) Related posts:
Pages: 1 2





atiqah azman says:
September 7, 2009 at 3:44 pm (GMT +0800)
ur rite..
Ikhwan says:
September 10, 2009 at 8:37 pm (GMT +0800)
Salaam, Tahniah Khairul. Penulisan yang berjaya mengetuk pintu kesedaran pembacanya. Insya ALLAH, dunia jambatan akhirat. Benar, Islam sangat menekankan keseimbangan dunia dan akhirat. Semoga ALLAH terus memelihara anda dan umat Islam yang lain, untuk terus berusaha, mengembalikan kegemilangan Islam di dunia ini. Pernah Rasulullah s.a.w. memberikan motivasi kepada umat Islam semasa perang Khandaq, bahawa satu masa nanti kerajaan Parsi akan jatuh ke tangan umat Islam. ( pengajaran yang dapat kita ambil, Nabi s.a.w. sendiri punyai wawasan jauh, dan memberikan motivasi untuk kita gemilang di dunia.)
Syed says:
September 10, 2009 at 9:35 pm (GMT +0800)
Thank You.
Fendy says:
September 11, 2009 at 10:44 pm (GMT +0800)
“Apabila ada di sana seorang rijal yang soleh, kamu akan dapati pada dirinya tanda2 kejayaan” Hassan Al Banna
Solehnya seorang individu itu akan diterjemahkan dengan kejayaannya baik dari segi ruhiah, jasmani atau material. Kerana sumber kesolehan adalah Al Quran dan Al Quran mengajarkan kepada kita Islam dalam konteks yang syumul. Menarik sekali ulasan Khairul tentang issue ni. Sememangnya kita dituntut untuk pertamanya mengejar kejayaan di akhirat “Syurga yg kekal abadi, nikmat yg melimpah ruah tanpa henti dan keredhaan dari Rabb yg Maha Pengasih” tapi bagaimana mencapainya yg menjadi tanda soal, dgn dakwah? ya betul ini jalan terbaik yg dilalui para rasul, tapi sebagaimana dakwah memerlukan daie utk menggerakkanya, ia juga memerlukan dana untuk digerakkan. Cuma permasalahan yg sering dirisaukan adalah, adakah kita mampu bertahan jika godaan harta semakin hebat mengasak. Wallahu’alam, ini akhirnya jatuh kepada mujahadah masing2, yang berjaya menjadi terpuji dan yg gagal akan ketinggalan dan berada dalam kerugian. Kita mohon pada Allah agar diberi petunjuk utk terus berada di jalan yg lurus. Benarlah sabda Ar RAsul - ”Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Tidak dihalalkanlah dengki itu, melainkan terhadap dua macam orang, yaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu – yakni membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya – di waktu malam dan waktu siang, juga seorang yang dikaruniai oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang – untuk kebaikan.” (Muttafaq ‘alaih) ”
kakak says:
October 20, 2009 at 4:24 pm (GMT +0800)
betul betul betul! sangat make sense… entry yg membuka mata & minda besaq2… Tapi adakah line ini…
bermaksud peranan remaja pd waktu muda tak significant??? Oh sedihnye huaaaaaa… pastuh3, ramai je bisnesman kaye byk duit tak masuk uni pun ada byk pengaruh… huhuhu cemana tuh? takdelah tak setuju, cume terfikir jek… Yg lain2 sy setuju, kita ni nak ngubah dunia nih… waaa besar tuh cita2… pernah dgr ”We must become the change we want to see”… Sekalipun kita sedar, tapi cemana nk sedarkan pemuda pemudi nun kat luar sana ttg mende ni ek… Agaknya Lenin & semua pencetus revolusi2 besar dunia dulu wat cemana ye hmm…. Kene siasat nih. Wah terlebih smgt lak! ermm kalao pacik2 macik2 bg ceramah tak bagi kesan, tulis blog cenggini berkesan tak?
Syahir Hakim says:
October 22, 2009 at 5:48 am (GMT +0800)
Bukan peranan remaja waktu muda tak significant, tp cara sumbangan tu yang menentukan significant atau tak. Kebanyakan remaja sekarang ni suka nak buat something yang serta-merta je, yang nak nampak hasil terus, itu yang bile ade ceramah je mesti ade soalan “apa yang boleh remaja lakukan untuk menyumbang..”. Bagi saya, dengan membangunkan diri dan rakan-rakan sekeliling, itulah sumbangan yang paling significant seorang remaja boleh buat, so that nanti bile dewasa dan rakan-rakannya pun dah dewasa, kita akan ada satu generasi di mana ummatnya perkasa dari segi ilmu dan kebolehan.
Saya tekankan tentang pentingnya pembangunan diri bukan setakat dari segi ilmu teknikal yang dipelajari di universiti, tapi jugak merangkumi segala macam ilmu dunia dan akhirat. Mana satu ilmu dunia yang nak dipelajari, itu terpulang pada keinginan masing-masinglah. Tapi yang pentingnya dua-dua jenis ilmu ni perlulah dimantapkan dan dibangunkan dengan bersungguh, sebab kalau ada salah satu je, kita takkan jadi hebat dunia dan akhirat. Dan dengan adanya dua-dua jenis ilmu tu lah baru kita boleh memberi sumbangan besar dalam membangunkan Islam.
adib says:
January 20, 2010 at 3:38 pm (GMT +0800)
Brilliant!! never thought of that..