Gaji minimum
Saya bertanya-tanya mengapa Malaysia tidak mempunyai undang-undang berkenaan gaji minimum. Di New Zealand, setiap majikan diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar paling kurang pun NZ$12.50 sejam kepada pekerja mereka, tanpa mengira profesion ataupun jawatan mereka dalam syarikat. Ini bermaksud setiap pekerja, termasuk mereka yang bekerja sebagai penyapu lantai dan pembersih rumah (ramai daripada golongan pelajar melakukan pekerjaan ini), mendapat bayaran gaji sekurang-kurangnya NZ$12.50 sejam.
Oleh sebab itulah saya agak terkejut apabila saya diberitahu oleh ibu saya bahawa cawangan 7 Eleven berdekatan rumah saya membayar penjaga kedainya sekitar RM650 sebulan, untuk bekerja selama 8 jam sehari, 6 hari seminggu. Di New Zealand, majikan 7 Eleven tersebut akan diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar penjaga kedainya sekurang-kurangnya NZ$2,600 sebulan. Bukan sedikit nilai tersebut, dan bukan kecil perbezaannya.
Ketika artikel ini ditulis, NZ$1.00 adalah bersamaan dengan sekitar RM2.40. Namun begitu, penting untuk kita ketahui bahawa walaupun mata wang New Zealand lebih tinggi berbanding dengan mata wang Malaysia, harga kebanyakan produk yang dijual di New Zealand hanya sedikit sahaja lebih tinggi daripada harga di sini apabila dibandingkan angkanya. Ini bermakna bahawa jika 10 biji telur bersaiz biasa dijual pada harga RM2.50 di Malaysia, di New Zealand nilai angkanya adalah sekitar NZ$3.00. Ini bermakna jika dibandingkan nilai angka, maka setidak-tidaknya kita harus membayar gaji minimum RM12.50 sejam atau lebih. Tetapi tiada undang-undang di Malaysia yang mewajibkan sebarang syarikat untuk membayar gaji minimum.
Tentu saja memperkenalkan undang-undang gaji minimum sekarang akan mengundang tentangan yang hebat daripada sektor komersil. Namun haruskah kita mengutamakan perniagaan-perniagaan ini lebih daripada pekerja-pekerja yang membolehkan perniagaan-perniagaan itu sendiri berfungsi?
Saja bukanlah ahli ekonomi, dan juga tidak terlatih dalam ilmu berkaitan ekonomi. Saya juga bukanlah seorang peguam, dan juga tidak terlatih dalam bidang itu. Saya hanyalah seorang bakal jurutera yang sedang dalam pengajian, jadi mungkin orang lain yang lebih berpengetahuan dalam hal ini boleh memberikan penjelasan and input berkaitan hal ini.

1 komen
fendi berkata
October 25, 2011 pada 6:05 pm (UTC 12)
slm saudara khairul syahir, sy pun bukan la org yg ada pangkat kelayakan nak ckp pasal knp berlaku kat atas tu.. tp setiap manusia di bumi tanggungjawab nya mnjadi khalifah.. semua manusia kn.. so, pndapaat sy brdasarkan prinsip kenegaraan… di malaysia mngamalkan sistem demokratik.. yang kaya terus kaya, yg miskin terus miskin.. saudara faham erti demokratik ni kan.. sy bukan nk mencegah demokratik ni, tp da di salah guna.. tu hasilnya byk penjenayah. bukan xdemokratik maka xde pnjenayah, tp hasil dari tu la gaji yg sikit, nak kerja penyapu sampah pun kne ade pngalaman pulak dah, tetibe kalau minta minimum cgpa above 3.0..hah sudah..spm cnfirm xtgk dah.. semua negara pun sama jika ada sistem mcm ni.. hanya pemimpin saja yg boleh merobah keadaan, sbb orang bawah 1inci dr pemimpun pun xboleh bersuara pendapat, apa lg kita ni.. amalkan sikap brsederhana, jgn lebih jgn kurang.. kalau org cakap komunis itu jahat, hitler itu kejam, malaysia merdeka 310gos1957? sejarah betul ke? betul 100% ke? xkan xde lebaikan even 1% je dr mereka ni? komunis kebaikan dia berprinsip sederhana, cukup 2buah rumah utk seseorg xbleh lebih even big bos jutawan.. hitler xpernah minum arak, dia mnghapuskan golongan yahudi, malaysia berasal dari sabah sarawak negri2 melayu pada 16sept1963 baru merdeka.. 310gos tu hanya malaya saja bukan borneo. haaahhhhh, sah buku2 teks skolah menengah di manupulasi pihak tertentu.. xpela, blepas diri.. skg islam kat bawah, tipula kalau islam kat atas skg.. related pasal gaji, kerana sistem negara mcm ni la.. bukan cara islam, nama ja negara islam. pemimpin pun asyik bergaduh, yahudi ketawa tgk dr jauh.