Penjelasan berkenaan Perisian Pengurusan Kandungan

Baru-baru ini, terdapat rakan saya yang memanjangkan cadangan seorang setiausaha bagi organisasi bukan bersifat keuntungan yang mana laman web organisasi tersebut direkabentuk dan dibangunkan secara sukarela oleh saya sendiri berkenaan penggunaan perisian pengurusan kandungan untuk laman tersebut.

Terdapat banyak pakej CMS yang boleh digunapakai, dan pemilihannya bergantung kepada banyak faktor.

Nyata terdapat ketidakfahaman berkenaan penggunaan  perisian pengurusan kandungan dalam cadangan tersebut, lalu saya tuliskan artikel ini sebagai respon kepada cadangan tersebut.

Semoga penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan berkenaan penggunaan perisian pengurusan kandungan bagi mengurus laman-laman web. Sebarang soalan atau cadangan-cadangan lain adalah sangat dialu-alukan.

Perisian Pengurusan Kandungan

WordPress, Joomla, PHP Fusion, CMS Made Simple, semuanya adalah contoh pakej perisian web yang dinamakan Perisian Pengurusan Kandungan, atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Content Management System (CMS). Fungsi utama perisian-perisian ini adalah untuk memudahkan pengurusan kandungan bagi laman-laman web (lantas dinamakan sedemikian). Sebelum adanya perisian-perisian seperti ini, untuk menambah dan mengubah kandungan laman web seseorang itu perlu mengubah kod-kod yang digunakan untuk membina laman web tersebut secara terus. Ini bermakna individu tersebut perlu mengetahui kod-kod yang digunapakai, terutama HTML, walaupun hanya sekadar untuk menambah atau menukar kandungan bagi sesuatu laman web. (more…)

 

Memperkenalkan khairul-syahir.com-v3

Tahun lalu, sekitar pada waktu yang sama tahun ini, saya telah merekabentuk dan menghasilkan tema WordPress saya sendiri yang pertama untuk digunapakai oleh blog ini. Ia merupakan kali pertama saya membangunkan satu tema WordPress yang lengkap dari awal. Ia merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang besar bagi saya, mempelajari bagaimana menulis kod untuk membangunkan rekabentuk tema tersebut menjadi tema WordPress yang boleh digunakan sepenuhnya dengan WordPress.

Anda perlu mahir dengan sekurang-kurangnya tiga jenis kod untuk membangunkan tema WordPress anda sendiri: XHTML, CSS, dan PHP. Saya mempunyai cukup kemahiran dengan dua jenis kod yang pertama, tetapi sangat sedikit kemahiran dan pengalaman tentang PHP, cukup sekadar untuk saya memulakan proses pembangunan tema tersebut. Pada ketika itu, saya langsung tidak biasa dengan kaedah bagaimana tema WordPress berfungsi, dan menghabiskan banyak masa membaca tutorial-tutorial di internet untuk belajar bagaimana untuk membangunkan tema WordPress. Ia merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang cukup besar bagi saya.

Dan kini, selepas setahun, saya telah menghasilkan tema WordPress saya sendiri yang keempat, iaitu khairul-syahir.com-v3. Ia merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang besar setahun yang lalu, dan kini ia masih merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang besar bagi saya. (more…)

 

Keadaan industri penerbitan web Malaysia yang menyedihkan

Sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembangunan laman web tahu bahawa laman web yang anda bangunkan tidak berguna tanpa menerbitkan laman tersebut dalam talian (secara online). Itulah yang menjadi nadi industri penerbitan laman web – menerbitkan laman-laman web di pelayan (server) mereka supaya sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengakses laman-laman tersebut melalui internet. Oleh sebab itulah industri ini merupakan komponen penting dalam industri pembangunan web, baik bagi syarikat-syarikat besar atau individu-individu yang menawarkan perkhidmatan secara bebas (freelancer).

Oleh sebab mengendalikan pelayan sendiri adalah sangat tinggi kosnya, ia adalah tidak efektif secara kewangan untuk hampir semua studio pembangunan web (dan freelancers). Kebiasaannya cara yang paling mudah adalah dengan melanggani perkhidmatan tersebut dengan syarikat penerbitan web – syarikat yang operasi utamanya hanya untuk menyediakan dan mengendalikan pelayan untuk menerbitkan laman-laman web. Sudah tentu, langganan seperti ini bukan percuma.

Secara amnya terdapat tiga jenis pakej penerbitan web: pelayan dedikasi, pelayan peribadi virtual (virtual private server, VPS), dan pelayan kongsian. Selalunya pelayan dedikasi adalah yang paling mahal, kerana syarikat penerbitan web perlu mendedikasikan keseluruhan satu pelayan untuk hanya satu akaun penerbitan web tertentu. Ini adalah seperti menyewakan sebuah komputer dengan sambungan internet yang sangat pantas untuk menerbitkan sejumlah besar laman-laman web atau laman yang memerlukan ruang cakera yang besar dan keperluan pemindahan trafik yang tinggi. VPS adalah kedua berdasarkan harga, menawarkan banyak daripada ciri-ciri pelayan berdedikasi, tetapi bukan keseluruhan pelayan didedikasikan hanya kepada satu akaun. Sebaliknya, beberapa akaun diperuntukkan untuk satu pelayan dengan batasan pengunaan pelayan yang lebih tinggi bagi setiap akaun – kurang ruang cakera, kurang penggunaan trafik, dan kurang penggunaan memori dibenarkan. Namun begitu, pada kebiasaanya anda masih memperoleh ciri-ciri pentadbiran seperti yang akan anda perolehi dengan pelayan berdedikasi, seperti akses kepada shell (menjalankan operasi pada pelayan melalui antara muka perintah-baris, atau lebih dikenali sebagai command-line interface) dan anda boleh menentukan kebanyakan daripada tetapan pelayan, jika tidak semua. Kemudian yang paling murah dari segi harga adalah pelayan kongsian. Hal ini adalah kerana anda akan memperoleh kurang kapasiti cakera dan pemindahan trafik yang diperuntukkan berbanding VPS, kurang peruntukan memori, dan macam-macam lagi batasan-batasan penggunaan pelayan yang lain, supaya syarikat penerbitan webdapat memperuntukkan satu-satu pelayan kepada akaun-akaun pelayan kongsian dengan sebanyak mungkin. Batasan-batasan ini pada kebiasaanya adalah sangat tinggi. Adalah sangat bertuah sekiranya anda menjumpai pakej pelayan kongsian yang membolehkan anda menentukan kebanyakan daripada tetapan-tetapan pelayan. (more…)

 

Trip Cuti "Easter" 2010 – Diperbaik

Berikut merupakan beberapa foto pilihan dari trip cuti “Easter” 2010, diperbaik menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom.

Jika anda inginkan versi bersaiz penuh gambar-gambar ini, sila nyatakan di ruangan komen!

 

Gaji minimum

Saya bertanya-tanya mengapa Malaysia tidak mempunyai undang-undang berkenaan gaji minimum. Di New Zealand, setiap majikan diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar paling kurang pun NZ$12.50 sejam kepada pekerja mereka, tanpa mengira profesion ataupun jawatan mereka dalam syarikat. Ini bermaksud setiap pekerja, termasuk mereka yang bekerja sebagai penyapu lantai dan pembersih rumah (ramai daripada golongan pelajar melakukan pekerjaan ini), mendapat bayaran gaji sekurang-kurangnya NZ$12.50 sejam.

Oleh sebab itulah saya agak terkejut apabila saya diberitahu oleh ibu saya bahawa cawangan 7 Eleven berdekatan rumah saya membayar penjaga kedainya sekitar RM650 sebulan, untuk bekerja selama 8 jam sehari, 6 hari seminggu. Di New Zealand, majikan 7 Eleven tersebut akan diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar penjaga kedainya sekurang-kurangnya NZ$2,600 sebulan. Bukan sedikit nilai tersebut, dan bukan kecil perbezaannya. (more…)

 
Graphene Mobile Neo